Tuesday, January 20, 2015

35. AKTIVITI PPIM - 17/01/2015 - Misi Bantuan Banjir Di Pekan Pahang


Persatuan Pengguna Islam Malaysia sekali lagi terlibat dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir pada 16 Januari hingga 17 Januari 2015. Kali ini PPIM bersama-sama Kementerian Wilayah Persekutuan,  Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, IM4U dan beberapa agensi lain bekerjasama bagi menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pekan, Pahang.
Misi kali ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Sumbangan disampaikan kepada penduduk lebih dari 10 kampung yang terlibat di sekitar kawasan Pekan. Majlis penyampaian sumbangan diadakan dia Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau, Pekan, Pahang.

Saturday, January 17, 2015

34. AKTIVITI PPIM - 15/01/2015 - Misi Bantuan Ke 3 Sekolah Sekitar Temerloh dari PPIM Biro Pembangunan & Teknikal

  

Keadaan di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai Temerloh. Kerja - kerja pembersihan dan pembaikpulihan sedang dijalankan.

Sekolah ini telah di tenggelami air selama 5 hari ke paras tingkat satu.

Jumlah murid di SK Paya Pulai ialah 960 pelajar.


Cikgu Zainuddin (berbaju batik) sebagai wakil dan sukarelawan PPIM di qariah Paya Pulai, Temerloh, Pahang.


Pakaian yang diderma oleh orang awam.

Bangunan Tadika yang baru sahaja dapat beroperasi kerana tenggelam sepenuhnya 

Gambar - gambar diatas tidak menunjukkan keadaan sebenar kerana telah dibersihkan oleh NGO-NGO yang datang dari Melaka. Jumlah sukarelawan yang giat membantu di dalam kerja - kerja pembersihan dan pembaikpulihan sehingga hari ini ialah 26 kumpulan. Alhamdulillah.

SRK Teluk Sentang ditenggelami air selama 7 hari dari 27 disember 2014 hingga 03 Januari 2015.

Wednesday, January 14, 2015

33. AKTIVITI PPIM - 10/01/2015 - Bantuan Ke Gua Musang, Kelantan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia (PIKM) dan beberapa NGO lain sekali lagi terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir pada 10 Januari 2015. Kali ini misi menuju ke Kuala Krai, Kelantan bagi memberi sumbangan kepada mangsa banjir di sana.

Pasukan mula berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa dan mula bergerak pada jam 5.30 petang. Pasukan tiba di kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang pada pukul 1.00 tengah malam dan bermalam di sana sebelum meneruskan misi pada esoknya.

Pada 11 Januari 2015 jam 10.00 pagi pasukan misi meneruskan perjalanan ke jajahan Gua Musang bagi menyampaikan sumbangan. Sumbangan diberikan terus ke tangan mangsa dan pasukan memberi sumbangan dari rumah ke rumah.

Pasukan terus menyampaikan sumbangan dan membantu penduduk sehingga petang. Jam 5.00 petang pasukan bergerak balik ke Kuala Lumpur.



32. AKTIVITI PPIM - 09/01/2015 - Bantuan Ke Gua Musang, Kelantan

 

Usaha murni Persatuan Pengguna Islam Malaysia diteruskan lagi bagi membantu mangsa-mangsa banjir dengan melancarkan misi seterusnya ke Gua Musang, Kelantan. Misi dilancarkan oleh Ketua Aktivis PPIM Dato’ Nadzim Johan pada 09 Januari 2014.  
Pada jam 6.00 petang seramai 12 orang aktivis PPIM diketuai oleh En. Harizal Zahid bergerak ke Gua Musang. Pasukan misi tiba di Gua Musang lewat tengah malam. Aktivis merehatkan badan di Masjid Gua Musang. Selepas solat berjemaah bersama penduduk kawasan mereka meneruskan perjalan ke Kampung Kemubu.
Setiba di kawasan sasaran, aktivis terus melawat dan memberi sumbangan dari rumah ke rumah penduduk kampung tersebut. Bantuan tenaga juga dihulurkan bagi membantu penduduk membersihkan kawasan rumah mereka.
Ketua misi, En. Harizal berpuas hati dengan misi kali ini kerana dapat bersama-sama membantu dan memberi sumbangan terus kepada mangsa banjir. Pasukan misi berangkat pulang pada sebelah petang. Kami doakan anda semua selamat tiba ke ibu kota.

31. AKTIVITI PPIM - 09/01/2015 - Misi Bantuan Mangsa Banjir Ke Gua Musang, Kelantan



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meneruskan lagi Misi Bantuan Mangsa Banjir seterusnya ke Gua Musang, Kelantan pada 9 Januari 2015 (Jumaat). 
Seramai 12 orang sukarelawan dan aktivis PPIM telah menyertai misi tersebut dan diketuai oleh En. Harizal Zahid. 
Konvoi telah dilepaskan pada jam 6 petang oleh Ketua Biro Unit Tindakan Khas PPIM, En. Yusuf Azmi dari Pejabat PPIM di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. 
Konvoi telah selamat tiba di Gua Musang, Kelantan sekitar jam 12 tengah malam. 
Konvoi yang membawa barang keperluan asas, bantuan makanan dan beberapa kelengkapan lain akan mengagihkan segala bantuan kepada penduduk Kampung Kemubu, Gua Musang Kelantan. 
Semoga bantuan ini dapat membantu mengurangkan sedikit sebanyak bebanan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

30. AKTIVITI PPIM - 09/01/2015 - Bantuan Ke Madrasah Dar Asma Pasir Putih Kelantan

 
 

29. AKTIVITI PPIM - 08/01/2015 - Bantuan Banjir Ke Pondok Sungai Durian Oleh Al Qayyim dan PPIM