Bencana Alam menurut perspektif Islam terbahagi kepada tiga:
1. Ujian
dari Allah SWT. Iaitu Allah menurunkan musibah atau bencana kepada
makhluk-Nya yang beriman kepada-Nya sebagai ujian terhadap keimanan
seseorang, apakah ia akan tetap istiqamah terhadap keimanannya. Kerana
di dalam Al-Qur’an diterangkan bahawa “Apakah engkau mengaku bahawa
dirimu beriman, sebelum diturunkan kepadamu suatu cubaan.” Allah turut
berfirman dalam
Al Quran, Surat AI-Baqarah, Ayat 155 yang bermaksud: "Dan
sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sesuatu cubaan seperti
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (bahan
makanan). Namun gembirakanlah orang-orang yang bersabar .”
2. Teguran
dari Allah SWT. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap para
makhluk-Nya, Dia tidak akan tega melihat hamba-Nya yang masih mempunyai
iman walaupun sedikit untuk larut dalam perbuataan dosa dan
pelanggaran terhadap segala peraturan Allah SWT, makanya Allah SWT
menegurnya dengan bencana supaya hambanya yang selamat bisa berbenah
diri dan menyedari kesalahannnya kemudian bertaubat dan kembali ke
jalan Allah.
3. Azab
dari Allah SWT. Azab diturunkan Allah SWT kepada kaum yang nyata
membangkang dan betul-betul tidak mahu menerima Ajaran Allah dan para
Nabinya. Dalam hal ini, Allah Maha Kuasa menghancurkan suatu negeri
tanpa sisa, seperti yang diceritakan dalam Al-Qur’an yaitu kisah-kisah
kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Luth, Penduduk Madyan atau kaum Nabi Syuaib.
Yang diturunkan banjir dasyat, gempa dasyat, petir, dan hujan batu api.
Mereka semua dibinasakan (kecuali sedikit orang yang mengikuti petunjuk
Rasul Allah).
Firman Allah dalam surah Al-A’raaf, ayat 96 yang bermaksud:
Kita
juga sewajarnya menghayati dan memahami tanggungjawab kita sebagai
umat akhir zaman yang membantu membanteras kemungkaran dan menyeru ke
jalan kebenaran sebagaimana hadis yang diberitakan oleh Ummu Salmah,
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Jika kemaksiatan yang dilakukan oleh
umatku semakin jelas (terbuka), maka Allah SWT akan menimpakan azab
kepada mereka semua". Ummu Salmah bertanya: "Apakah termasuk kepada
mereka yang saleh?" Nabi menjawab: "Ya, sudah tentu"
Firman Allah dalam surah Al-A’raaf, ayat 96 yang bermaksud:
“Jikalau
sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami
akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi
mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka
disebabkan perbuatannya.” (Q.S. Al-A’raaf : 96)
Seterusnya
dalam Surat Ar-Rum, Ayat 41 disebutkan: "Telah nampak kerusakan di
darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya
Allah merasakan kepada mereka sebagian dari akibat perbuatan mereka
agar mereka kembali ke jalan yang benar"
Justeru
itu marilah kita sama-sama mengambil ibrah dan pengajaran bukan
sekadar meluahkan rasa takjub mahupun simpati semata-mata tetapi
sebagai umat islam yang prihatin serta beriman kepada Qada’ dan Qadar,
seharusnya kita melihat setiap kejadian yang berlaku melalui kaca mata
taqwa.
Petikan diambil dari :


No comments:
Post a Comment