Wednesday, January 14, 2015

32. AKTIVITI PPIM - 09/01/2015 - Bantuan Ke Gua Musang, Kelantan

 

Usaha murni Persatuan Pengguna Islam Malaysia diteruskan lagi bagi membantu mangsa-mangsa banjir dengan melancarkan misi seterusnya ke Gua Musang, Kelantan. Misi dilancarkan oleh Ketua Aktivis PPIM Dato’ Nadzim Johan pada 09 Januari 2014.  
Pada jam 6.00 petang seramai 12 orang aktivis PPIM diketuai oleh En. Harizal Zahid bergerak ke Gua Musang. Pasukan misi tiba di Gua Musang lewat tengah malam. Aktivis merehatkan badan di Masjid Gua Musang. Selepas solat berjemaah bersama penduduk kawasan mereka meneruskan perjalan ke Kampung Kemubu.
Setiba di kawasan sasaran, aktivis terus melawat dan memberi sumbangan dari rumah ke rumah penduduk kampung tersebut. Bantuan tenaga juga dihulurkan bagi membantu penduduk membersihkan kawasan rumah mereka.
Ketua misi, En. Harizal berpuas hati dengan misi kali ini kerana dapat bersama-sama membantu dan memberi sumbangan terus kepada mangsa banjir. Pasukan misi berangkat pulang pada sebelah petang. Kami doakan anda semua selamat tiba ke ibu kota.

No comments:

Post a Comment