Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Yayasan Muamalat Belia (YMB), Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA), Ahli Parlimen Setiawangsa, AJK Masjid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai Setapak, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd dan Al-Meswak Mukmin telah bersama-sama mengendalikan satu Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Dun Pulau Tawar, Jerantut Pahang pada 6 Januari 2015 (Selasa).
Peserta konvoi telah dilepaskan oleh Ketua Aktivis PPIM YBhg. Dato’ Nazim Johan pada jam 10.15 pagi dari perkarangan Majid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai, Setapak.
Ini merupakan konvoi ke 10 selepas beberapa konvoi ke Kelantan, Perak dan Pahang. Konvoi telah selamat tiba di Dun Pulau Tawar sekitar jam 3 petang dan telah disambut oleh Adun Pulau Tawar sendiri iaitu YB Dato’ Dr. Ahmad Syukri Ismail.
Misi ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan barangan keperluan, malah bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan fizikal dan bebanan emosi yang ditanggung oleh semua mangsa banjir tersebut.










No comments:
Post a Comment